Nuffnang Ads

Ahad, 26 Mei 2013

DIY - Tukar Rear Control Lower Arm ( Tulang Anjing ) Proton Persona

Salam sejahtera...

     Setelah beberapa tahun kereta kita digunakan seharian melalui pelbagai jenis laluan, tulang anjing berisiko akan koyak dan mengeluarkan bunyi lagaan besi yang kurang enak. Kereta aku tiada lagi keluar simptom-simptom itu namun aku membuat keputusan untuk menukar tulang anjing pendek kerana dari pengamatan pembekal alat ganti kereta bahagian tulang anjing pendek biasanya akan kerap ditukar oleh pemilik kenderaan. Tanpa membuang masa lagi, sila lihat susunan gambar di bawah untuk melihat cara menukar Rear Control Lower Arm Proton Persona :-

Antara alat yang aku gunakan adalah soket saiz 12,14, 17, penatrate spray, 2 biji jack jenis botol, L dan straight batang soket serta rachet


Tayar perlu dibuka dahulu sebelum membuka tulang anjing


Nombor 1 adalah 'Rear Control Lower Arm' dan nombor 2 adalah 'Upper Control Lower Arm'. Yang nombor 1 adalah tulang anjing pendek yang akan dibuka.


Gambar fokus bagi lebih jelas sikit


Spray dahulu bolt-bolt atau skrew yang telah dikenalpasti sebelum dibuka. Ada 3 bolt sahaja


Fokus jauh bagi jelas sikit



2 bolt dah berjaya dikeluarkan dan 1 bolt boleh diklasifikasikan sebagai rosak


Sebenarnya aku dah salah langkah, sepatutnya bolt yang panjang yang masih belum dibuka dalam gambar di atas perlu dibuka dahulu supaya dapat mengelakkan skrew bolt rosak seperti gambar sebelum ini


Semua skrew bolt dah berjaya dikeluarkan


Inilah rupa tulang anjing Proton Persona yang telah berumur lebih tahun. Nampak season dah


Fokus dekat sekali


Yang ni pun aku salah langkah, sepatutnya aku pasang 2 skrew bolt yang di bawah dahulu baru diikuti skrew bolt panjang di atas. Kerja lebih mudah


Ok, telah siap pasang


Gambar lebih jelas dari bawah kereta. Sebelum aku terlupa, 1 jack letak di bawah kereta untuk membuka tayar dan satu lagi jack untuk tahan knuckle. Gambar bawah sekali kelihatan skrew bolt dari jack botol


Sepasang tulang anjing proton persona yang telah dikeluarkan


Sekian, sebarang pertanyaan boleh diajukan pada bahagian komen di bawah artikel ini. Terima kasih kerana melayari blog aku ini.







39 ulasan:

  1. Terbaiklah rul...baru tau bentuk lower arm...mmg btol mcm tulang anjinglah...hehhe

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. sepasang dlm lingkungan harga rm 70 utk tulg anjing jenis pendek.. yg pnjg mgkn hrge lbh kurg jgk...

      Padam
  3. bhgn dpn ade tulang anjng gk kr?kete aku kt dpn time belok ngn lalu permukaan yg x rata bunyi2 la..sbb tulang anjng kr atau drive shaft ek?bg info skit bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama kes mcm saya..bila jalan x rata atau terjun lubang akan ada bunyi mcm ketukan besi...dan bunyi ketukan tu seolah olah ada sesuatu yg longgar...minta tlg bro eilarazi komen sikit apa possibility punca bunyi tersebut

      Padam
    2. belah depan setahu aku ada jugak tp xde rupe mcm tulang anjing... dlm bhse inggeris front lower arm.... bab time langgor lubang ada bunyi ketukan besi tu mmg kete proton persona ada... tp mse aku komplain ngn sc proton dl ada manager tu baik ht trun bgkel dia ketatkan absorber mounting belah depan... trus kurg betul bunyi ketukan tu... cm lubang2 dlm je langgor bru timbul bunyi....

      Padam
    3. Kalau bunyi kat bahagian depan tu try tukar bush antiroll bar depan. Kete saya lepas tukar tu dah xde bunyi

      Padam
  4. Skru tu awak ganti dgn stainless steel yg dibeli dekat hardware?

    bukan pakai skru yg warna hitam yg dibeli dekat spare parts?( tak silap nama tensile strengh steel)

    BalasPadam
    Balasan
    1. xla... aku beli kat kedai spare part motor skrew tu... sbb kdai spare part kete bnyk tutup waktu projek tu...

      Padam
  5. yang ini ker yg di panggil suspension link..klu salah yang mana plak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. maksud awak suspension drop link yang dekat bahagian suspension depan persona tu ke?

      Padam
    2. yg ni aku mksudkan absorber stabilizer.... http://3.bp.blogspot.com/-PxLz90iRZyQ/TmBpOU-uprI/AAAAAAAAALo/4L9FWI-Ocg0/s1600/DSC00084.jpg

      Padam
  6. Bro x payah buat aligmenr ke lepas siap pasang

    BalasPadam
  7. salam saya nk tanya semalam saya dah tukar tulang anjing tu tp kereta stay gegar kenapa yer bila tanya balik kat kedai tu dia ckp tayar dah x ok ...adakah disebbkn tayar kereta leh gegar macam tu sekali ... saya pkai gen2

    BalasPadam
    Balasan
    1. tayar klo rosak nk wat balancing pun dh xleh... kete timbul gegar time drive kelajuan brape tu?

      Padam
  8. tayar sbla mna bro, saya pun guna gen2 jga..

    BalasPadam
  9. Tulang anjing no 2 yg pnjang tu susah ke nk rosak bro?

    BalasPadam
  10. dah tukar tulang anjing pendek tapi still ade bunyi..kenapa ek??

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba test henjutkan kereta then sruh someone tgok dan pegang part mana yg bunyi, kalau dah tukar lower arm tapi still ada bunyi jugak, mungkin upper control lower arm yg berbunyi

      Padam
  11. Sy ade kereta gen2 .. Nk tnye at mne ade bim yg murah2 ?? .. Bim kereta sy bengkok sbb langgar lubang ..

    BalasPadam
  12. Bulan lepas(oct) aku dah tukar tulang anjing yang pendak sebelah belakang sebab bunyi cet cet dan tayar makan sebelah. Bulanni makan tayar sebelah lagi. Kedai tayar tambah waser dekat dekat areatu dan tukar tulang anjing pendektu yang rosak lagi. Diaorang buat kat mana tulang anjingtu yang sebulan sekali rosak. Sebenarnya bulan depan tak tau lagi akan rosak tapi nak besorkan isu aku sebutlah sebulan sekali rosak.

    BalasPadam
  13. Yg pendek, tulang anjing ni elok tukar 2 2..klu 1 rosak 1 ok lgi bab kate pomen yg 1 lgi tu akn rosak jgak sbb 1 getah da keras lwn die gtah bru yg lmbut..so, nk mnyelmatkan duit poket mngalir 2 kali baik gnti 2 2 trus..

    BalasPadam
  14. Yg pendek, tulang anjing ni elok tukar 2 2..klu 1 rosak 1 ok lgi bab kate pomen yg 1 lgi tu akn rosak jgak sbb 1 getah da keras lwn die gtah bru yg lmbut..so, nk mnyelmatkan duit poket mngalir 2 kali baik gnti 2 2 trus..

    BalasPadam
  15. kalau bunyi cik cik cik tu datang dari tulang anjing ye?bukan absober ke?

    BalasPadam
  16. Nak tanya..aku pkai saga flx..absober dh tukar,lower arm dpn dh tukar,absober link dh tukar..tp masih ada bunyi besi tiap kali lalu jalan x rata..mohon pencerahan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pernah check pin brake caliper?kemungkinan dah longgar,tu yg bila jalan x rata saja dia berbunyi

      Padam
    2. Mounting absober sbb sya pernah kena....lps tukar trs hilang bunyi tu

      Padam
  17. Hello.. nak tanya masalah kreta waja saya.. saya baru tukar tulang anjing kanan atas bawah brand mitsubisi pakai 1 ari bunyi tu muncul lagi.. apa masalah ni

    BalasPadam
  18. Nak tnya.. Kalau tayar blkg dah x normal mcm biase sbb ape ya??.. Sbb tayar dah mcm mngangkang dah..

    BalasPadam
  19. Koi baru tukar tulang anjing persona yg blkg 2-2,rm110 4 btg,upah rm60.bunyi berdecit dah hilang,istri pon dah xbising. Boleh tidur nyenyak.

    BalasPadam