Nuffnang Ads

Isnin, 8 Ogos 2011

Bonus Kakitangan Awam Tahun 2011

Salam sejahtera semua...

Berita baik buat penjawat awam atau kakitangan kerajaan di Malaysia iaitu pemberian bonus SETENGAH BULAN GAJI atau MINIMA RM 500 baru sahaja diumumkan sebentar tadi di Buletin Utama TV3.



Lebih kurang jam 8.00pm pada hari Isnin bertarikh 08 Ogos 2011, pengumuman itu dibuat sebagai berita pertama buletin. Apa yang aku fahamkan jika bonus setengah bulan gaji, seseorang bergaji pokok RM 2000 sebulan, maksudnya akan memperoleh Bonus RM 1000. Bagi yang minimum RM 500 pula aku fahami jika seseorang bergaji pokok RM 800 sebulan, maka bonus yang akan diberi adalah RM 500. Kaedah pemberian bonus yang lebih terperinci masih belum diberitahu. Tempoh pemberian bonus pula diberitahu akan diberikan sebelum pertengahan bulan Ogos 2011.

Pertama sekali aku bersyukur kerana aku termasuk golongan kakitangan kerajaan dan memperoleh setengah bulan gaji yang tak perlu aku bagitahu jumlahnya.. Aku jangkakan pada penghujung tahun ini akan menyusul pemberian bonus setengah bulan gaji lagi. Jika menjadi kenyataan, sangat-sangatlah aku bersyukur kerana aku boleh 'boost' simpanan bulanan aku yang tak seberapa.

Untuk makluman CUEPAC meminta bonus 2 bulan gaji sejajar dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang kian meningkat. Akhir sekali aku ingin mengucapkan terima kasih di atas pemberian bonus kepada semua kakitangan kerajaan termasuk pesara kerajaan walaupun tidak sebanyak yang diminta oleh CUEPAC.

Sekian, selamat menguruskan bonus wang anda....




Ahad, 7 Ogos 2011

Jadual Perlawanan Pasukan Bola Sepak Olimpik Malaysia 2011-2012

Salam sejahtera semua... Kali ini aku nak kongsikan maklumat mengenai jadual perlawanan yang aku perolehi melalui laman sesawang dan aku edit untuk tatapan pengunjung terutama Peminat dan Penyokong Pasukan Bola Sepak Kebangsaan kita. Sila lihat lampiran di bawah :-

Sila 'Right Click' dan 'Save Image As' untuk melihat lebih jelas menggunakan 'Windows Pictures & Fax Viewer'

Terdapat 6 perlawanan penting yang perlu dilalui oleh Pasukan Olimpik Malaysia pada Pusingan Kedua di dalam Kumpulan 3 yang terdiri dari pasukan Jepun, Bahrain dan Syria. Sila lihat 'table' di bawah :-


Sebelum ini, Pasukan Olimpik Malaysia melalui peringkat 'Preliminary' bertemu dengan pakistan secara timbal balik pada:-

09.03.2011 Pakistan U23 0-0 Malaysia U23
23.02.2011 Malaysia U23 2-0 Pakistan U23

Sedikit imbasan aksi ketika perlawanan antara Pasukan Olimpik Malaysia bertemu dengan Pasukan Olimpik Pakistan. Sila lihat di bawah :-


* Malaysia menang dengan agregat 2-0 dan layak untuk ke Peringkat Pertama

Selepas itu, Pasukan Olimpik dijadualkan bertemu dengan Pasukan Olimpik Lebanon secara timbal balik pada :

23.06.2011 Malaysia U23 2-1 Lebanon U23
19.06.2011 Lebanon U23 0-0 Malaysia U23

Sedikit imbasan aksi ketika perlawanan antara Pasukan Olimpik Malaysia bertemu dengan Pasukan Olimpik Lebanon. Sila lihat di bawah :-

Mamat yang bawak laser tu mencemarkan imej bola sepak negara!

* Malaysia menang dengan agregat 2-1 dan layak untuk ke Peringkat Kedua dalam format perlawanan secara berkumpulan...

Sebagai Penyokong Setia Pasukan Harimau Malaya, kita harus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi walaupun jika pasukan kita tewas. Kita harus berbangga kerana Pasukan Olimpik Malaysia adalah satu-satunya pasukan dari Asia Tenggara yang layak berjuang di Peringkat Kedua Kelayakan Olimpik 2012.

Sekian, sama-samalah kita monyokong!!! Malaysia Boleh!!!




















Ahad, 31 Julai 2011

Proton Persona Serbaguna!


Salam sejahtera kepada semua... Untuk berkongsi pengalaman, pada 28 Jun 2011 kereta persona aku telah digunakan untuk mengangkut tangga bersaiz sederhana! Tetapi disebabkan kereta aku model Baseline, tempat duduk belakang tak boleh dilipatkan. Perlu buka skru untuk membukanya. Andai kata kereta aku model Mline atau Hline, mesti lagi panjang tangga yang aku boleh muatkan dalam kereta aku. hehe!

Walaubagaimanapun, aku tetap sayang keretaku sebab telah berjasa membawa tuannya ke Utara dan Selatan semenanjung dalam tempoh khidmatnya... Setakat ini, tidak masalah besar yang dialami oleh aku dengan kereta Proton Persona. Sekian, wassalam...





Khamis, 14 Julai 2011

Free Live Streaming Football Match Malaysia vs Liverpool 2011


Pada 16 Julai 2011 yakni hari Sabtu, satu perlawanan Pilihan Malaysia vs Pilihan Arsenal akan diadakan dan secara umumnya ramai peminat bola sepak tempatan ingin menonton perlawanan tersebut namun ramai yang mungkin hampa kerana tidak dapat pergi ke stadium untuk melihat perlawanan ini..

Alternatif lain untuk melihat perlawanan ini adalah dengan melihat melalui online atau streaming... Di bawah adalah link yang boleh dipercayai untuk menyiarkan secara live perlawanan tersebut :-

http://www.magedtv.net/ch1.html

Bagi perlawanan Pilihan Malaysia vs Chelsea pada 21.07.2011 jam 8.45 malam juga boleh disaksikan pada link di atas...

Selamat mencuba!





Punca Bunyi Bising Belting Proton Persona

Kali ini aku nak kongsikan pengalaman penyelenggaraan kereta Proton Persona aku.. Pada awal bulan Julai 2011, terdapat kehadiran bunyi pelik pada enjin bay kereta aku... mula-mula tu buat saje je... tapi dah lama-lama, tak tahan dengan bunyinye..

Aku pun mula mencari punca kehadiran bunyi di enjin bay. Akhirnya aku dapat mengenalpasti punca bunyi datangnya dari belting. Bunyinya agak halus tetapi sedikit kuat. Untuk menyelesaikan masalah bunyi dari belting itu, aku pun google la untuk mengetahui punca bunyi dari belting.

Dalam banyak-banyak maklumat yang aku perolehi, aku tertarik dengan kaedah penggunaan lilin pada belting dan membuat keputusan untuk meleretkan sedikit lilin pada pulley belting sebab kosnya yang sangat murah. Lagipun lilin memang dah ada kat dalam rumah aku. Setelah itu, aku pun meleretkan sedikit lilin pada pulley dan belting semasa enjin dihidupkan dan secara tidak langsung bunyi yang tidak menyenangkan itu pun hilang. Aku berasa lega seketika tetapi merasakan bunyi itu akan hadir semula dalam jangka masa tertentu..

Jangkaan aku benar rupanya..... tidak lama selepas itu, bunyi itu datang semula.. Aku membuat keputusan untuk menghantar kereta di bengkel kenderaan. Seorang mekanik telah cuba mencurah segayung air pada belting semasa enjin dihidupkan dan bunyi tersebut hilang lagi... Mekanik itu memesan kepada aku supaya datang semula jika bunyi itu hadir lagi..

Aku pun pulang ke rumah dan tergelak sendirian di dalam kereta sewaktu memandu disebabkan cara yang mekanik tadi lakukan amatlah mudah. 'Aku pun boleh buat' dalam fikiranku.. Apabila tiba di rumah, bunyi itu datang lagi... Fikiranku runsing... Aku pun keluar semula ke bengkel kereta untuk menukarkan 'tali kipas' ( ayat mekanik tu ) atau belting. Di bawah aku lampirkan beberapa lampiran gambar sewaktu pertukaran belting kereta aku :-

Secara fizikal dapat dilihat tali kipas / belting agak lusuh / lama



Ini adalah adjuster untuk belting Proton Persona



Adjuster ini bertindak untuk memastikan belting sentiasa dalam keadaan ketegangan yang dikehendaki. Berfungsi melalui spring dan harganya agak mahal iaitu RM 300 - 400



Belting telah tercemar dengan bendasing yang menjadi punca kerosakan / bunyi


Semasa proses penukaran belting ini, adjuster perlu dibuka untuk mengeluarkan belting lama. Tak susah pun aku rasa tetapi kereta perlu di'adjust' tinggi untuk membuka adjuster yang terletak pada bahagian bawah enjin.

Setelah selesai proses penukaran belting, enjin pun dihidupkan dan hasilnya amat mengembirakan aku kerana bunyi yang tidak menyenangkan itu tiada sehingga sekarang. Mekanik memberitahu aku bahawa belting yang lama agak keras dan tercemar dengan bendasing dan dari situlah punca bunyi bising itu wujud. Untuk pengetahuan anda, belting aku berusia 2 tahun lebih. Aku berpendapat penyelenggaraan berkala amat penting untuk memastikan kondisi enjin dalam keadaan yang cemerlang.... Sekian.....








Sabtu, 9 Julai 2011

Servis Komputer Anda!!!

Salam semua... Dah lama aku tak mengemaskini blog aku ni.. Kali ini, aku nak kongsi mengenai komputer (desktop). Petang tadi pada hari sabtu 09 Julai 2011, aku bersama isteri mengemas rumah. Dah lama tak mengemas secara total.. Habuk punya la banyak..

Dalam sibuk-sibuk mengemas, tiba giliran di bahagian pc.. Apa lagi kantoi habuk banyak sangat.. Gambar di bawah menunjukkan segala habuk-habuk yang berjaya dikesan :-

Salji habuk!!!


Punca PC panas dan cepat rosak... Cuba bayangkan notebook anda....



PC perlu dibuka untuk membersihkan habuk-habuk yang melekat seperti salji......



Condenser Processor ini telah dibersihkan sedikit


PC aku ni tak pernah diservis dan dibersihkan secara total semenjak dibeli lagi iaitu lebih kurang 1 tahun 6 bulan... Mungkin faktor utama habuk terlalu banyak dalam jangka masa yang pendek disebabkan kediaman sewa aku berada di tepi jalan utama... Lihat pula sedikit gambar PC yang telah dibersihkan :-

Lihat kipas tiada lagi habuk tebal... baru udara panas boleh keluar...


Kipas dan Kondenser Processor pun tiada lagi habuk tebal...


Secara kesimpulannya disini, jika anda ingin menggunakan komputer anda dalam jangka masa yang lama seperti 10-15 tahun, anda perlulah sentiasa membersihkan bahagian dalaman PC daripada habuk-habuk. Sedikit pengalaman aku sebelum ini, notebook aku telah rosak selepas 5 tahun digunakan... Apabila aku buka bahagian dalaman notebook, terlihat terlalu banyak habuk2 tebal pada bahagian kipas dan 'motherboard'...

Anda mungkin tersilap jika percaya dengan kata-kata, ' notebook tak ada masalah tak perlu buka'... Pada aku, eloklah langkah pencegahan dibuat sebelum kerosakan yang tidak dijangka boleh berlaku.... Untuk pengetahuan, notebook isteri aku pun turun rosak dalam jangka masa 5 tahun. Tidak lama selepas notebook aku rosak...

Sekian, secebis pengalaman yang ingin dikongsikan....





Isnin, 9 Mei 2011

Enjin Campro VS Waja 4G18



Salam semua.....

Sebagai pengguna kereta berasaskan enjin CamPro, saya ingin mengetahui lebih mendalam mengenai kelebihan dan kelemahan enjin CamPro. Oleh itu, saya membuat sedikit kajian ringkas di dalam laman sesawang dan memperoleh beberapa info-info yang berguna. Di bawah terdapat perbandingan graf antara Enjin CamPro dan Enjin 4G18 (Waja Mitsu) :-



Kesimpulan yang saya boleh buat di sini :-

1- Dari segi Kuasa Kuda (Horsepower)
> Enjin CamPro mempunyai lebih kuasa kuda berbanding dengan enjin 4G18 pada 5700rpm walaupun pada ketika berada di rpm 2300 - 3000 enjin 4G18 lebih kuasa kuda.

2- Dari segi Daya Anjakan (Torque)(Pick Up)
> Enjin Campro mempunyai Daya Anjakan yang tertinggi berbanding dengan Enjin 4G18 pada rpm 4000, tetapi pada rpm 2700 - 3000 Enjin 4G18 mendahului Enjin CamPro dari segi Torque.

Hipotesisnya

> Enjin CamPro adalah enjin berprestasi tinggi dan amat sesuai digunakan untuk perlumbaan. Walaubagaimanapun terdapat isu pengguna Campro dimana mereka bukanlah selalu memandu kenderaan dengan rpm yang tertinggi untuk setiap kali penukaran gear.

Dari segi kuasa Enjin Campro adalah juara....
Dari segi penjimatan petrol pula, Enjin 4G18 adalah juara.........





Saman Polis Trafik 2011

Salam semua....

Pada 7 Mei 2011 saya membaca akhbar Kosmo melalui online dan tertarik pada satu artikel mengenai saman trafik yang telah diperbaharui dan dikemaskini. Pada gambarajah yang dikemukakan, terdapat persoalan yang bermain diminda saya. Lihat dahulu gambar di bawah :-



dan perhatikan keterangan di dalam bulatan bewarna merah....



Persoalan utama saya adalah adakah jika saya memandu di lebuhraya pada kelajuan 140 km/j saya tidak akan dikenakan saman trafik?

Anda mempunyai sebarang komen? sila utarakan.......





Ahad, 24 April 2011

Extractor Untuk Campro

Salam semua.. kali ini saya ingin berkongsi mengenai extractor yang sesuai untuk kereta anda...



Lazimnya, pemilik kereta berenjin campro akan mengeluh mengenai pick up awal enjin campro.. maksudnya bermula dari rpm 1k-3k, pick up dirasakan agak lembap pada masa ini. selepas rpm 3k baru la dirasakan power enjin campro sama ada berkuasa 1.3cc ataupun 1.6cc..



Antara jenis-jenis extractor yang terdapat dipasaran adalah :-
1- Hotbits
2- Powerzone
3- Zenden
4- Customize
5- Cap ayam

Harga sudah tentu bermula dari nombor 1 hingga 4 agak mahal berbanding dengan cap ayam... rata-rata >RM450. bagi yang banyak modal mungkin tidak ada masalah untuk memiliki extractor tersebut..



Tetapi, anda semua jangan risau, masih terdapat extractor berjenama yang dijual agak murah tetapi material yang digunakan adalah berbeza iaitu material yang digunakan adalah besi putih yang mempunyai kos agak rendah.

Anda boleh melayari laman web di bawah untuk mengetahui jenis-jenis extractor dengan lebih lanjut....

style="font-style:italic;">http://www.zerotohundred.com/newforums/engine-and-performance/36392-zender-extractor-for-most-of-malaysia-car-147.html





Selasa, 5 April 2011

Channel Badminton Malaysia

>>>>>>>>>>>>>>>>> Bintang Dunia! Lee Chong Wei & Lin Dan

Salam semua.... dari pengamatan saya selama ini, terdapat channel di Youtube dari user Helma1 sentiasa memuat turun video-video terbaru dari serata dunia dalam sukan badminton. Bagi Peminat-Peminat Sukan Badminton, silalah melayari link beliau seperti di bawah :-

style="font-weight:bold;">http://www.youtube.com/user/helma1