Kali ini aku mahu kongsikan tip yang diperolehi daripada rakan sekerja baru aku yang kaki kereta jugaklah.. Dia tunjuk pada aku satu wayar minyak atau 'fuel' yang akan bocor apabila sampai masa akibat daripada terdedah pada besi panas. Sila lihat gambar di bawah :-
Panduan yang bertanda :-
1- Kesan sentuhan atau kebocoran yang boleh berlaku
2- Paip besi panas semasa enjin hidup
3- Dipercayai wayar minyak atau fuel
4- IAFM
Sila lihat gambar di bawah untuk melihat kesan sentuhan wayar minyak dengan paip besi :-
Anda boleh lihat dengan jelas anak panah yang aku tunjukkan kesan sentuhan yang dikatakan
Oleh itu, langkah atau tindakan terbaik yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini (terbakar) adalah dengan mengalihkan wayar minyak atau 'fuel' itu ke kawasan yang difikirkan lebih selamat. Sila lihat modifikasi yang aku lakukan pada gambar di bawah :-
Selepas ini anda boleh menggunakan apa-apa jenis minyak petrol sama ada bergred RON95 ataupun RON97. Sebelum ini aku ada dengar yang mengatakan elok menggunakan RON97 untuk mengelakkan kereta mudah terbakar. Tidak diketahui secara praktikalnya betul atau tidak.
Kepada pengguna Proton amnya dan berasaskan enjin Campro khususnya, selamat mencuba DIY ya.... Sebarang komen, dialu-alukan.... Sekian, terima kasih...
em, nak update ckit... aku tengok kereta Proton Persona Elegance (PE) dia punye wiring dah ubah.. jdnye PE x perlu buat modifikasi di atas... hanya proton persona keluaran asal shj yg perlu di periksa kedudukan wayar minyak tersebut....
BalasPadamkalau fuel cable tu nak masuk kan magnet penjimat minyak , ok ke tak?
BalasPadammagnet? apa menatang 2? aku guna automax bli dkt cosway je. jimat minyak hngga 28% n tmbah kuasa hngga 20% guna ron 95 cm guna ron 97 ke atas. minyak P.E aku 1km dlam 0.15sen je. 1liter dlam 14-17km
Padamok... tp aku x pnah wat... xtau kesan mcmane...
BalasPadamsalam....nak tanye kalau bunyi cengkerik time bawak....tu apa masalah dia yer...kalu free gear xde bunyi lak...
BalasPadammgkn ada bende longgar atopun bergetar kot... auto ke manual?
Padammsuk gear je ada bunyi w'pun kete xjln ke bro?
BalasPadamNK guna magnet boleh tp lebih efficinet kalu di tmabah dgn air compressor & battery sybilizer..aku dh pkai, mmg da jimat myk..boleh la..enjin pn da lg pick up...
BalasPadamgood shared...
PadamBukan ke pihak proton dah salut getah tu dgn span tahan haba tu...so, takde apa2 nak dirisaukan....span tu pun saya tgk pada Persona saya takde kesan akibat haba pun....
BalasPadampersona elegance xde problem ni... persona lama ada.... klo ok bgus la.... tp bru2 ni tgok enjin bay persona member model lama mekanik sc proton ada alih hose return fuel ni tp mgkn dia xprasan kot kesan dia alih tu hose fuel return terlipat. confirm minyak petrol xmsuk ke tank balik....
Padamberapa kos untuk tukar hose
BalasPadamkos utk hose petrol ni aku x pasti berapa harganya sebab aku tak pernah tuko lagi... klo hose tu panjang sampai ke fuel filter mungkin mahal sikit kot... kos upah pun atas bengkel...
Padamklau nk elak kereta kena bakar cmne plak? haha grau je. Bos jgn smbong sgt wsup 2 blas2lah wlapun ptnyaan simpel2 je bgi awk tpi besar bgi sya. Awak ngn rafaie je jrang blas wsup yg bro qaxier JB 2 ok r
BalasPadamcombonggg
BalasPadamhose bukan wayar tuk...
BalasPadam