Nuffnang Ads

Selasa, 1 Januari 2013

DIY - Pemasangan Cusco Oil Catch Tank Proton Persona Campro 1.6


Salam sejahtera....

     Oil Catch Tank (OCT) adalah merupakan satu alat di mana ianya berfungsi dalam menapis sisa atau sludge dari enjin kereta anda. Terdapat pelbagai jenis OCT di pasaran semasa dan semua OCT ini adalah universal terhadap semua kereta tanpa mengira jenama kenderaan. Bagi mereka yang mahir dalam bidang permotoran dan automotif, mereka telah mereka sendiri OCT dengan menggunakan bahan-bahan terpakai dan hasilnya adalah sama seperti OCT keluaran komersil.

     Aku akan kongsikan DIY Pemasangan Cusco OCT pada kereta Proton Persona aku. OCT aku telah beli melalui laman sesawang mudah.com dengan harga lebih kurang RM 70... Aku dah tak berapa ingat harga sebenarnya. Selepas itu perlu beberapa barang lain seperti klip hose dalam 4 biji dan hose dengan saiz panjang 6 kaki... Hose yang dibekalkan tak boleh masuk dengan Campro. Sila rujuk susun atur gambar di bawah untuk penjelasan yang lebih mendalam :-

Pakej Cusco Oil Catch Tank 


Pasangkan pemegang dan penyangkuk seperti gambar di atas. Cuma untuk sambung ke body atau firewall proton persona perlu diubah kedudukan penyangkuk ikut kesesuaian keadaan. Gambar di atas ni pinjam je...


Sambungkan hose mengikut warna bulatan yang telah aku tandakan. Merah dengan merah.... Kuning dengan kuning.... Yang warna hijau tu aku terjumpa skrew jantan yang dah ada dalam enjin bay proton persona. Cuma perlu tambah dengan nat sahaja. Kedudukan agak ke bawah sedikit.
   

Ada satu nipple pada air hose yang perlu disambung... Hanya perlu tarik sahaja tiada klip di situ.



Gambar kedudukan dari atas menunjukkan OCT di letakkan dalam enjin bay proton persona.

Sekian, diharap anda semua dapat memahami dengan jelas cara pemasangan OCT ini. Tidak perlukan kemahiran pada tahap yang tinggi projek DIY ini. Terima kasih........











23 ulasan:

  1. Balasan
    1. perubahan dr segi performance xde ketara sgt... tapi yg pasti sisa udara yg msuk balik lagi bersih dan pembakaran enjin lebih sempurna.... ada terbaca kes enjin msuk air OCT ni jd penyelamat dgn memerangkap sisa air yg kluo dr enjin....

      Padam
  2. salam...

    bulatan hijau pada gambar nombor 4 tu, tempat letak 'modul' sistem ABS untuk h-line.

    jadi, untuk h-line, tempat tu dah ada isi. nak sangkut kat mana lagi ye? mohon cadangan...

    p/s : berura-ura berminat nak pasang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo... patut pun sbb kete aku base line je... haha... kat dinding fender belah tepi tu ada lubang tp kne pkai batang skrew saiz beso ckit... jenuh gak nk lekat kat citu sbb xde bunga dlm lubang tu... aku pun pening tu yg aku letak kat tapak abs tu...

      Padam
  3. Thanks bro sharing info, pasang mengikut cara diatas tu berkesan juga untuk elakkan carbon build up pada tb tp yang saya tahu OCT ni pasang dekat PCV outlet yang terus direct ke manifold. Ada org buat T joint tapi saya pon x pasti mana outlet PCV campro nih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. welcome2... yg bulatan merah tu mgkn PCV kot.. sbb sisa karbon dr situ msuk ke TB smula... em, klo wat t join x 100% la karbon tu ditapis kot...

      Padam
    2. biasanya PCV hose ni dia dari head terus ke manifold x lalu tb.. tengok design enjin. campro saya x pasti.. klau ikut enjin yg dah teruk wear n tear, 6 bulan skali mesti OCT tu dah penuh.

      Padam
  4. Saya rasa kena pasang dua(2) OCT. satu hose dekat breather yg encik Fakrul pasang tu, dan satu lagi di hose belah kiri atas rocker cover tu, hose yang terus ke manifold tu, hose tula yang ada banyak waste. Klau buat T joint tu saya x pasti mcm mana.

    refer ni: http://forum.lowyat.net/topic/672361/all

    BalasPadam
  5. salam prg member...saya nak bagi cadangan jak....saya pun pasang 2 OCT...ada perbezaanya..saya tahu saudara kaki rembat cam saya...cubalah.saya pakai jenis cusco dari outlet rocker cover ke crank manifold (sebelah kiri).tapi kene gunakan hose vakum tahan kempis..dan satu lagi saya pakai jenis simota...sama seperti saudara pasang cuma saya x cucuk ke salur angin keluar ke paip air intake...sayta biarkan dan tambah satu air filter kecil pada OCT untuk udara lebih kedalam rocker head...saudara akan rasa perbezaan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm... wah member PRG ke bro? hehe... yg aku psg ke paip intake tu sbb angin dr rocker belah kanan tu tembak angin kluo n tapis kat oct utk msuk smula ke intake melalui tb... hose rocker yg sblh kiri tu xde pressure... tp hose dr intake terus ke rocker kiri tu kuat sedut... aku dh try check hr tu... jdnye, mmg aku setuju klo pasang 2 oct...

      Padam
    2. "cuma saya x cucuk ke salur angin keluar ke paip air intake...sayta biarkan dan tambah satu air filter kecil pada OCT untuk udara lebih kedalam rocker head"

      tang ayat tu saya x paham.. terus blur..

      Padam
    3. ok gak tu.... cm sedikit berisiko klo basuh enjin kete... air filter yg kecik tu klo pkai yg dr kedai motor punye leh jd ke ek?

      Padam
    4. maksudnya rocker head -> oct -> air filter kecil dan tutup paip ke TB tu? kalau buat mcm tu x derla vacuum untuk naturalkn pressure crank pressure klau full throttle. rasanya mmg perlu sambung ke TB juga. kurang faham sikit..

      Padam
    5. bkn... sbab ape yg aku penah nmpk klo kte sedang menghadap enjin bay... hose yg belah kanan tu dia sedut angin kan... rmai org yg letak filter kecil kat rocker cover belah kanan tu.... hose kat tb tu mmg dh xpkai n perlu ditutup la... sbb hose tu pun tujuannya utk supply udara yg dh ditapis dr air filter..... skrg OCT aku perlu tuko kat sebelah kiri rocker cover.... yg belah kanan hanya ckup pasang air filter kecik tu kan....

      Padam
  6. salam bro,sorry mnjampuk..aku ade jmpa pasal ni..myb note ni dpt mmbantu..bkan virus ke ape..link ni akan download pdf file..
    http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=engine%20breather&source=web&cd=10&cad=rja&ved=0CF4QFjAJ&url=http%3A%2F%2Fwww.106rallye.co.uk%2Fmembers%2Fdynofiend%2Fbreathersystems.pdf&ei=SwQdUa6rDsyUrgf03YCwBg&usg=AFQjCNEAeZemBNjN0wzVncL9rfHuh3U2dw&bvm=bv.42452523,d.bmk

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'slm... wow... thanks ya.... speaking hbs...

      Padam
    2. Salam..
      Macam mana nak cuci sisa dalam oct cusco harap penjelasan dari kawan2

      Padam
  7. Salam En.fakhrul..pertanyaan tentang pemasangan Oil Catch Tank ini, sama tak dgn enjin persona versi lama tanpa ciri2 terbaru IAFM

    BalasPadam
  8. Bermakna, hose pada rocker cover sebelah kanan tu menarik angin masuk, dan hose pada rocker sebelah kiri tu menghembus angin keluar, betul? Sebab tu hose pada rocker kiri akan menghasilkan waste yg banyak. Mohon pencerahan. TQ.

    BalasPadam
  9. Salam bro. Sy pun nak pasang jugak OCT ni. Hose sebelah kiri memang byk minyak itam keluar. Belah kanan tu tak banyak sangat. Tapi sy perasan, hose belah kanan tu angin keluar bila enjin hidup. Belah kiri tu mcm kena sedut baru bukak kot pcv, mcm ade org tulis sebelum ni kan..sebab minyak itam dah kuat sangat makan ni..setiap kali sebis tinggal 2.5 liter je

    BalasPadam