Nuffnang Ads

Ahad, 20 Januari 2013

Isu Kalimah Allah - Umat Islam Perlu Tahu Mengapa Kita Perlu Tentang Penggunaan Kalimah Allah Dalam Injil Versi Melayu

Salam sejahtera...

     Akhir-akhir ini hangat dengan isu yang dibangkitkan semula oleh Lim Guan Eng menuntut pihak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi melayu. Aku secara peribadinya menentang tuntutan tersebut di mana ia mempunyai niat tersirat disebalik penggunaan kalimah Allah dalam bible versi Melayu..

     Timbul pula masalah ada diantara orang Islam yang bersetuju penggunaan kalimah Allah dengan syarat tidak menyalah gunakannya... Persoalan aku apakah garispanduan yang boleh menggariskan kesucian kalimah Allah tidak disalahgunakan oleh penganut Kristian? siapakah pula yang akan memantaunya? Pada aku ianya menyulitkan umat Islam sendiri.

     Sebelum ini aku ada timbulkan persoalan di Yahoo News dalam artikel Dr. Asri 'Allah' Sudah Digunakan Oleh Yahudi, Kristian Sebelum Kedatangan Nabi Muhammad S.A.W... Link klik disini Persoalan yang aku bangkitkan adalah.... 'adakah kitab injil ni boleh dipastikan keasliannya? kitab yang asli dari Nabi Isa A.S... bukan yg telah bnyk dipinda atau diubah2 isinya...' Respon yang diberikan oleh pengguna Yahoo News yang lain bermacam-macam... Antaranya seperti :-

JefferyA - Kau menyoal Tuhan ke? Nanti Yang Maha Kuasa tolong jawab ko. Ada berani?

A Yahoo! User - si jeffrey ni mesti dari golongan yang percaya kitab injil sekarang ni betul,jadinay sebab tu dia pasti akan percaya yg yesus tu anak tuhan..hahaha..sedangkan kitab injil sekarang yg digunakan diseluruh duania adalah yg telah dipesongkan.

(Pun Intended) - @fakhrul-macam mana hadis Rasullulah nak dipastikan keasliannya? dari mana sumber hadisNya yg direkodkan selepas kemangkatan Rasullulah? saya dgn ikhlas minta pengajaran & penjelasan.

Diam - ya bagi umat kristian injil adalah asli..itu iman...jadi yg diluar sana ckp injil telah diubah..itu bagi kami adalah dugaan2 dan cabaran jahat sama ada iblis/saitan untuk pesongkan umat kristain....

JefferyA - A Yahoo User, ko ni memang lah bodoh tahap cipan. Apa ugama aku kau tak perlu tahu lah bangang. Dipesong ke tidak, kita tak perlu cakap pasal agama atau kaum atau bangsa. Kalau kau muslim, mengata agama orang lain menyesatkan orang lain atau memesong kepercayaan orang lain adalah dosa. Sendiri dah tau buat dosa ada hati nak cakap pasal agama. CITTTTTTTTTTTTTTTT...buang masa. KAlau semua antara kita di sini boleh direjam dengan batu tapi tidak mati ahhh bolehlah bercakap macam Tuhan. Tapi ini semua mau berlagakkkk macam Tuhan puiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!

JefferyA - Diam @ haaaa...ya, betul ini pasal iman.....

(Pun Intended) - @diam - i support your comments. "one man's meat may be another man's poison". kuatkan usaha utk pertahan iman sendiri sebelum nak perbetulkan yg lain, biar Allah yg tentukan segalanya di akhirat.

JefferyA- Pun Intended. I agree. Sadly not all have your thinking...

Deen - Nape org Islam nak pertikaikan kitab injil tu asli ke tidak?.islam kene jaga alquran kerna itu kitab panduan Islam tak payah nak sibuk pasal kitab injil..sedangkan alquran yang tak penah berubah dan takder siapa pn bolih menulisnye tu pn dipesongkan olih Islam sendiri ni nak sibuk pasal kitab injil milik kristian,kristian pn ader ilmuan mereka sendiri biarla mereka ajer yang tau tang ner yang mereka nak ubah,asalkan yang Islam jgan nak memandai2 pulak nak kurang atau menambah isi kandungan dan pengertian alquran..tu pasal kita org Islam jgn terlalu terikut2 budaya yang takder dalam alquran...anutan kristian ni mmg seakan same ngan Islam cube beza yang besar kepercayaan mereka nabi isa tu anak tuhan.jadi org Islam jangan pulak terikut2 kerna Allah ader ngan sendirinye tak beranak dan diperanakan..tak usahla nak berhujah lg jika ilmu setakat tuk diri sendiri takut2 dalam berhujah tanpa disedari Akidah terpesong..

Aku - ok... dah ada yg jwb ye... macam2 jawapan ada... aku percaya dr. asri pun tau jwpn yg sebetulnya... Aku percaya dgn iman aku bahawa kitab injil adalah telah diubah dan dipesongkan setelah Nabi Isa A.S diangkat. Walhal Nabi Isa A.S sendiri mengaku dirinya adalah bukan Tuhan. Al-Quran diturunkan utk membetulkan fahaman pengikut nabi Isa A.S yg telah tersasar. Allah adalah tuhan Yang Maha Esa.. (Tunggal, Tidak Beranak, Tidak Beristeri) Walaupun aku selalu ikuti artikel2 dr. Asri diwebnya, itu bkn menjadi modal utk aku menyetujui setiap pendapat beliau. em,mengenai yg bertanya bagaimana mengetahui sesuatu hadis itu sama ada hadis kukuh, lemah atau palsu ia bergantung kpd 'isnad', 'masnad', 'musnad', 'sanad'... korg carila sndri mksudnya.... jadi... kenyataan aku sblm ni yg berhak utk menjawabnya adalah bg org muslim... sbb nnt bnyk slah paham jk yg xde ilmu tauhid di dada... aku terangkan mcmane pun lum tentu leh trime... lepas ni sape yg nak maki2 aku ke dipersilakan klo xmalu.... budi bahasa, peribadi kita, agama kita, amalan kita....

Kriszz - sejak sy lahir dan kenal huruf dan boleh mendengar...inilah hal yg sy selalu dengar dari saudara muslim, mengatakan Kitab Injil yg ada sekarang ini digunakan oleh Kristian telah tidak asli dan diubah-ubah?? selama begitu saudara muslim mengatakan Injil telah diubah.. lalu petanyaan sy adalah boleh tidak dapatkan dan tunjukkan kepada umat Kristian aslinya Injil itu..bukan sekadar bercakap dari apa yg didengar dari ajaran atau ulasan2 sesiapa pun ttg Injil Kristian yg KONONnya telah diubah2 itu.. sy sangat mohon pencerahan BUKTI Injili itu diubah... tunjukkan bukti.. seharusnya seadanyalah kita menerima dan mempraktikkan ajaran agama kita masing menurut apa yg pantas kita pahami dari ajaran2 agama masing2.. kerana apa? kalau kita saling menekankan secara paksa menerima fakta dan kebenaran yg kita pahami kpd umat agama lain, bukankah itu buang masa dan satu kebodohan yg sia2 belaka.. sebab tidak mungkin..tidakkkk ... mungkin!!! makanya saudara/ri DIALOG agama itu perlu, kerana tanpa dialog agama, siang malam berhujah pun tidak akan habis2..sedangkan dialog itu saling mendengarkan dan tidak memaksa untuk percaya melainkan mejadikan kita ini matang memahami kepercayaan org lain DALAM DIALOG.. hasilnya ada saling HORMAT.. Hanya jalan ALLAH yg benar yg hidup itu jua lah akan menuntun kita ke destinasi syurgawi kelak.... Allah dalam konteks Kristian, dan Allah dlm konteks Islam. semoga kita sama2 sampai ke destinasi itu..pada sy, sy mau katakan KU PASTI ADA DISANA.. bukan mudah2an, bukan Insyallah!! sb sy percaya dan praktik apa yg sy percayai tanpa ragu2..Terima Kasih Allah Bapa.. kerana jaminan keselamatan dari-Mu. Shallom!! Amin.

JefferyA - Fakhrul, takpe lah. tunggu bukti dia di akhirat nanti. tiada guna cakap byk. mati juga kita semua nanti.

 Aku - ye... mmg kte sume akan merasai mati n akan dibangkitkan selepas kiamat... ilmu perbandingan agama ada n aku penah mengikuti program tu.. perbandingan agama samawi.... ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah... dlm youtube pun ada jawapan dr Ustaz Harun Din...ok.. ada bukti2 knpe aku ckp kitab injil skrg ni bukan asli... link - http:/malay.bismikaallahuma.org/perbandingan-terjemahan-yehezkiel-23-dalam-alkitab-bahasa-indonesia-melayu/#more-168 .... dan juga disini - http:/malay.bismikaallahuma.org/ke-manakah-ajaran-kristian/ ..... manusia yg cerdik adalah manusia yg mengkaji setiap agama samawi seperti antaranya ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah dimana dia mengkaji sume agama dl baru dia yakin memeluk Islam... Ape pun, terima kasih kerana tiada kata2 kesat disini...

     Bermacam-macam jawapan yang mereka berikan. Itu pendapat masing-masing dan aku memang tidak suka mudah mengeluarkan kata-kata kesat apabila rasa tercabar kerana ia menunjukkan kelemahan seseorang itu.

    Artikel lain yang menarik minat aku dan perlu dibaca oleh semua penganut agama Islam adalah seperti di link :-

- Benarkah Allah Yang Kamu Sembah 

   Fatwa Kebangsaan juga telah membuat keputusan dan antara isi fatwanya adalah :-

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Keterangan/Hujah: 
  1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
     
  2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.
     
  3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
     
  4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
     
  5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
     
  6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
     
  7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.
     
  8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.
     
  9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.
     
  10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.
     
  11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama. - Sumber Fatwa Kebangsaan
   Aku harap Umat Islam di Malaysia kini perlu lebih sensitiviti terhadap kesucian dan kemakmuran agama Islam sejajar dengan Perlembagaan Negara Malaysia dimana agama rasmi adalah Agama Islam. Jadinya rakyat yang beragama Islam dan pemerintah khususnya perlu memastikan Agama Islam terus dijaga dan terbela. Pendapat yang mengatakan semua agama adalah sama juga amat merbahaya kerana ianya adalah dari fahaman pluralisme dan liberalisme. Terdapat artikel lebih terperinci mengenai isu Pluralisme n Liberalisme... Klik link disini

Sekian, sekadar renungan bersama dari hamba Allah yang sayangkan kedaulatan Islamiah....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan