Video di bawah adalah satu-satunya video dalam acara perseorangan yang dapat aku rakamkan secara penuh kali ini. Dulu-dulu punya permainan aku tidak ada buat rakaman disebabkan kekurangan peralatan yang sesuai...
Nuffnang Ads
Khamis, 21 Jun 2012
Ahad, 3 Jun 2012
Khairul Fahmi Pemain Pilihan Asia Mei 2012
Salam sejahtera...
Ingin aku kongsikan kepada semua peminat bola sepak tempatan mengenai pencapaian pemain kita yang diiktiraf oleh orang luar. Penjaga Gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat telah dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik Asia oleh laman web goal.com.
Senarai Pemain Asia Yang Terpilih
Goal.com has revamped the Asian Player and Team of the Month feature, giving you, the readers, an opportunity to express your opinion. Thanks to our worldwide team, we were able to put together a squad of the best Asian footballers throughout May in a 4-4-2 formation.
However, to assert who is the best Asian player for the month, we are calling on you, our loyal readers, to join in the poll and vote
Khairul Fahmi Che Mat
The 23-year-old Malaysian international has been virtually impenetrable for Kelantan this season, conceding the least goals in the league thus far to put the Red Warriors within sight of the summit of the Malaysian Super League. They trail Lions XII by six points with five games in hand. He pulled a couple of acrobatic saves against the league leaders and helped his side register a 3-0 victory to gain a strong foothold in the title race. Not only has he played a key role in ensuring a cleansheet in the three matches Kelantan featured in the last month but has often launched quick counterattacks which has led to crucial goals been scored.
Sumber Dari : www.goal.com
Sesiapa yang rasa sedikit berbangga sila like artikel aku ni... hehehe... Sekian, terima kasih...
Sabtu, 2 Jun 2012
Convert Gearbox Proton Persona 2009 Manual Ke Auto
Salam sejahtera...
Aku kini telah berubah selera untuk bertukar menggunakan kenderaan bertransmisi automatik. Oleh itu aku perlu membeli kereta baru... Oh tidak!!! kereta aku baru lagi. Aku pun tak mahu membazirkan wang untuk menanggung dua buah kenderaan buat masa ini dan tiada keperluan untuk itu. Oleh yang demikian, langkah penyelesaian terbaik adalah seperti tajuk di atas, menukar gearbox manual kereta aku kepada automatik. Masalahnya adakah aku perlu membeli gearbox automatik seketul? Perlukan peruntukan beribu juga itu.
Cara lain adalah 'swap' ataupun tukar suka sama suka dengan pengguna kenderaan yang sama baka dengan kereta aku. Dengan kata lain menggunakan sistem 'barter'. Tapi jangan silap, penukaran ini perlukan peralatan - peralatan lain yang berkaitan, tidak semestinya aku bagi 3 barang dan aku juga dapat 3 barang. Sebabnya adalah supaya proses penukaran gear ini dapat dilakukan secara lengkap ke atas kereta yang terlibat iaitu setup automatik perlukan beberapa komponen yang akan aku terangkan secara kasar nanti.
Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mencari rakan yang mahu swap gearbox juga. Aku hanya mencari di mudah.com dan menjumpai 2 rakan yang menawarkan swap gearbox kereta Gen 2 dan sorang lagi Persona. Oleh sebab panel knob gearbox Gen 2 adalah bulat manakala kereta aku pula adalah bersegi ( segi empat ) maka aku membuat keputusan memilih rakan Proton Persona dan aku 'deal' dengannya.
Langkah kedua pula adalah untuk mencari bengkel yang sesuai ataupun yang biasa dengan kereta berasaskan enjin Campro ini. Akhirnya aku mendapat cadangan dari rakan-rakan forum supaya aku membuat proses penukaran di Bengkel Wazi Motorsport di Kota Seri Kemuning, Shah Alam, Selangor. Aku diberitahu oleh rakan bahawa kos upah yang dikenakan adalah RM 400 sahaja tidak termasuk barang-barang. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, anda boleh berhubung dengan Bro Cupin yang merupakan 'incharge' di bengkel tersebut. Talian nombor Bro Cupin adalah 019-6400304. Bagi sesiapa yang mahu modified kereta mereka juga boleh dibuat disini sebab aku tengok bengkel ni ada juga membina kereta Proton Satria Neo untuk drag.
Ok... sampai masa untuk aku 'deal' semula dengan rakan swap aku untuk penetapan tarikh berjumpa dan menghantar kereta terus ke bengkel. Untuk pengetahuan semua, rakan swap aku ni serah pada aku 100% untuk mencari bengkel yang bersesuaian. Pada awal bulan Mei 2012 aku telah menghantar kereta aku di Bengkel Wazi Motorsport di Shah alam dan aku pulang ke Temerloh dengan menaiki pengangkutan awam (komuter, LRT dan bas ).
Nak dijadikan cerita, semasa pulang pula aku menghadapi masalah untuk mencari tiket bas pada waktu malam pulang ke Temerloh, tiket yang ada hanya ke Kuantan sahaja. Aku pun tekad membeli tiket bas ke Kuantan dengan hasrat untuk berhenti di tepi highway ataupun di RnR Temerloh. Tetapi hasrat aku tadi dihampakan oleh pemandu bas yang sifatkan pada aku memang betul-betul tidak berhati perut dengan menolak permintaan aku untuk turunkan aku di highway ataupun RnR Temerloh. Alasan yang diberikan pun tidak konkrit pada aku iaitu beliau menyatakan kebiasaannya pada waktu malam beliau tidak berhenti di mana-mana sehingga tiba di destinasi yakni di Kuantan.
Aku dengan berat hati menaiki bas tersebut dengan perasaan yang hampa dan bercampur marah. Dalam hati aku, di mana 'customer care' perkhidmatan bas ini? Tapi tidak apalah, sampai masa nanti tahulah ape yang aku akan buat. Semasa menaiki bas tersebut jam menunjukkan pukul 11.30pm dan tiba di Kuantan jam 2.30am. Sebelum tiba di kuantan, bas ini berhenti menurunkan penumpang di sekitar Gambang. 2-3 kali juga bas ini berhenti di tepi jalan Gambang. Perasaan hati lagi bertambah panas. Hampeh!!!.... Setibanya aku di Terminal Darul Makmur Kuantan, aku terpaksa mencari hotel untuk menginap semalaman lagipun aku belum solat isyak. Lebih selesa aku cari hotel untuk bermalam. Pada keesokan paginya aku pun menaiki bas ke Temerloh dan yang paling aku tidak suka, aku terpaksa EL... cuti...
Ok, habis cerita aku pasal masalah yang terpaksa aku alami semasa pulang dari Shah Alam. Setelah kereta aku siap dalam masa 4 hari, aku pun bertolak ke Shah Alam menaiki kenderaan adik aku dengan membawa anak isteri sekali. Jumlah keseluruhan yang aku kena bayar adalah RM 510 lebih kurang la... campur minyak gearbox auto sekali. Semasa baru memandu pulang aku terasa pelik pada kereta aku, ada bunyi di bahagian hadapan. Aku bertanya pada Bro Cupin mengenai masalah baru yang aku hadapi beliau mengatakan tiada masalah semasa beliau last check. Akhirnya aku menjumpai punca masalah adalah bearing tayar kereta aku dah rosak. Nanti aku ceritakan pula dalam tajuk lain masalah mengenai bearing kereta macamana mahu kenalpasti kerosakannya..
Sebelum aku terlupa, beberapa barang yang perlu aku swap dan aku dapat adalah seperti di bawah :-
Aku Bagi :- Aku Dapat :-
1- Gearbox Manual * semua barang yang aku swap dapat kembali + TCU dan sistem
2- Clutch Padel wiring auto gearbox ( hanya clutch pump dan padel aku tak
3- Gear Panel dan Knob dapat sebab tak perlu )
4- Panel Meter
5- Clutch Pump
6- Radiator
7- Brake Pump
* Untuk pengetahuan pembaca radiator perlu ditukar kerana radiator kereta transmisi automatik adalah lebih besar untuk menampung suhu minyak gearbox sekali dan brake pump juga perlu ditukar supaya lebih mencengkam untuk menahan tolakan semasa gearbox dalam kedudukan D dan semasa membrek.
Sekian sahaja coretan pengalaman aku mengenai proses swap dan convert gearbox Proton Persona 2009 aku ini. Sebarang pertanyaan ataupun komen sila kemukakan pada ruangan komen di bawah artikel ini.
Sekian, terima kasih.....

Kereta Aku Sedang Menunggu Untuk Operation

Kereta Rakan Swap Juga Sedang Menunggu Untuk Operation

Gearbox Persona Manual (Mivec)

Gearbox Persona Auto (mivec)
Sebelum aku terlupa, beberapa barang yang perlu aku swap dan aku dapat adalah seperti di bawah :-
Aku Bagi :- Aku Dapat :-
1- Gearbox Manual * semua barang yang aku swap dapat kembali + TCU dan sistem
2- Clutch Padel wiring auto gearbox ( hanya clutch pump dan padel aku tak
3- Gear Panel dan Knob dapat sebab tak perlu )
4- Panel Meter
5- Clutch Pump
6- Radiator
7- Brake Pump
* Untuk pengetahuan pembaca radiator perlu ditukar kerana radiator kereta transmisi automatik adalah lebih besar untuk menampung suhu minyak gearbox sekali dan brake pump juga perlu ditukar supaya lebih mencengkam untuk menahan tolakan semasa gearbox dalam kedudukan D dan semasa membrek.
Sekian sahaja coretan pengalaman aku mengenai proses swap dan convert gearbox Proton Persona 2009 aku ini. Sebarang pertanyaan ataupun komen sila kemukakan pada ruangan komen di bawah artikel ini.
Sekian, terima kasih.....
Ahad, 20 Mei 2012
DIY - Cara Pemasangan Wayar Aux Proton Persona
Salam sejahtera....
Buat pengetahuan pemilik Proton Persona, kereta anda boleh diubahsuai supaya mempunyai perhubungan dengan gajet muzik seperti handphone, MP3 player dan ipod... Perhubungan ini memerlukan wayar yang dipanggil 'Aux Cable'. Harga wayar ini sekitar RM 20 sahaja... boleh dicari di kedai-kedai audio kenderaan di tempat anda. Sila lihat video di bawah yang menerangkan cara terperinci pemasangan wayar aux pada sistem audio Proton Persona anda :-

Proton Persona Jadi Kenderaan Polis Indonesia
Untuk pengetahuan Personarian.... kereta Proton Persona dan Saga BLM telah digunakan sebagai kenderaan Polis Indonesia. Sebagai peminat kereta Proton Persona aku cukup berbangga dengan penghargaan pihak kerajaan Indonesia yang mengiktiraf kereta keluaran Malaysia ini. Di Malaysia pun hanya Proton Waja dan Inspira sahaja yang aku nampak digunakan sebagai kenderaan Polis Malaysia. Apa pun hidup Proton Persona!!!!
Khamis, 17 Mei 2012
Penjelasan Hukum Hudud
Salam Sejahtera...
Cuba kita ambil masa untuk berfikir yang mana satukah yang sebetul-betulnya....
Sekian, sebagai renungan bersama :)

Layan Proton Persona 2009 Convert To Auto
Salam sejahtera semua...
Setelah kereta Proton Persona 2009 aku bertukar transmisi daripada manual ke auto, aku saje nak 'test power' walaupun korang tahu auto ni ada kelebihan dan ada kekurangan. Cuma point besar aku beralih ke auto adalah sebab memudahkan pemanduan terutama dalam keadaan jalan raya yang sesak dan ketika pecutan awal di lampu isyarat. Aku belum berkesempatan untuk berkongsi cerita dan pengalaman mengenai proses pertukaran transmisi ini... Layan dahulu video di bawah :-
Setting sebelum ini adalah untuk manual dari segi extractor 4-2-1 dan tabung tengah. Anda ada sebarang komen? sila kemukakan dan aku berbesar hati untuk berkongsi pengalaman pada kawan-kawan semua :)
Ahad, 22 April 2012
Aktiviti Badminton Pada 02.04.2012
Salam sejahtera...
Aktiviti aku pada waktu malam aku paparkan di dalam video untuk tontonan rakan-rakan yang kaki badminton jugak... Semoga terhibur...

Proton Preve' Kemalangan
Malang tidak berbau! Inilah Proton
Prevé yang pertama mengalami kemalangan jalan raya. Kejadian
berlaku di lebuhraya DUKE, dari Jalan Sentul menghala ke Gombak pada waktu
petang. Menurut sumber dalaman Proton, kereta ini dipandu oleh SA showroom
Sentul dengan kelajuan 120 km/j namun ketika cuba mengelakkan sebuah kereta
lain, kereta ini terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta tersebut
melambung.
Ketika kereta ini mendarat, hentakan yang kuat menyebabkan kerosakan pada lower arm, bumper & fender. Ini bermakna ia tiada kena mengena dengan defect parts dari Proton. Ini adalah kecuaian manusia dan diharapkan berita ini akan memberi gambaran sebenar kejadian tersebut, supaya tiada andaian yang bukan-bukan dibuat.

Pada pandangan aku, kereta pandu uji tidak boleh dipandu melebihi had laju jalanraya kebangsaan kerana ia boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada pengguna jalanraya yang lain. Jika hendak menguji kekuatan enjin kenderaan ujian, perlulah dibuat di litar-litar yang ada di dalam negara kita ini. Perkara negatif seperti ini perlu dielakkan oleh Proton kerana pengkritik akan mudah untuk menjadikan bahan kritikan pada artikel mereka.
Sekian, terima kasih....
Isnin, 16 April 2012
Hasil Undian Pasukan Piala Thomas Malaysia Mei 2012
Salam Sejahtera...
Seperti yang ramai peminat badminton tanah air sedia maklum mengenai Kejohanan Piala Thomas 2012, pasukan kita, Malaysia telah layak untuk bertanding di pusingan terakhir iaitu dalam kelompok 12 pasukan terbaik dunia. Untuk makluman, Pasukan Malaysia telah melalui pusingan kelayakan zon Asia pada Februari yang lepas.
Harapan Utama Dato' Lee Chong Wei
Harapan Utama kita masih lagi pada Dato' Lee Chong Wei untuk mengutip mata pertama menerusi acara perseorangan. Harapan aku sebagai peminat sukan badminton agar akan segera lahir bakat baru perseorangan yang handal mungkin personalitinya tidak seperti Dato' Lee Chong Wei, tetapi prestasinya yang menjadi ukuran aku. Aku mengharapkan Dato' LCW dapat menunjukkan kejaguhan beliau yang memang diakui hebat diperingkat dunia.
Harapan Utama Regu Koo Kien Kiat - Tan Boon Heong
Regu utama kita pula membuatkan aku sedikit risau kerana kurang konsistensi pada prestasi mereka tidak seperti pada awal kemunculan regu ini yang amat 'menakutkan' pasangan regu dunia yang lain. Aku harap regu utama kita ini dapat memperbaiki masalah konsistensi pada kejohanan Piala Thomas 2012 ini.
Harapan Perseorangan Kedua Hafiz Hashim
Perseorangan kedua kita pula walaupun kurang kejohanan yang dimenanginya, kita perlu akui bahawa Hafiz Hashim masih diperlukan bagi Pasukan Badminton Malaysia. Aku mahu lihat beliau ketika zaman kemuncaknya dan pada kejohanan kali inilah beliau perlu mengambil kesempatan untuk kembali menyinar seperti dulu. Aku mahu corak permainan Hafiz Hashim lebih agresif tetapi perlu diingat, pertahanan juga perlu bagus.
Hasil Undian Bagi Pasukan Piala Thomas 2012
KUMPULAN A - China, Indonesia, England
KUMPULAN B - Jepun, Russia, New Zealand
KUMPULAN C - Denmark, MALAYSIA, Afrika Selatan
KUMPULAN D - Korea Selatan, Jerman, Amerika Syarikat

Akhir kata aku mengharapkan Pasukan Badminton Malaysia tiada masalah untuk menang pada peringkat kumpulan pusingan akhir ini dan pihak kejurulatihan dapat menggunakan strategi yang berkesan untuk berjaya dan muncul Juara Piala Thomas Tahun 2012 ini...
Sekian, terima kasih....
Langgan:
Catatan (Atom)