Aku pun mula mencari punca kehadiran bunyi di enjin bay. Akhirnya aku dapat mengenalpasti punca bunyi datangnya dari belting. Bunyinya agak halus tetapi sedikit kuat. Untuk menyelesaikan masalah bunyi dari belting itu, aku pun google la untuk mengetahui punca bunyi dari belting.
Dalam banyak-banyak maklumat yang aku perolehi, aku tertarik dengan kaedah penggunaan lilin pada belting dan membuat keputusan untuk meleretkan sedikit lilin pada pulley belting sebab kosnya yang sangat murah. Lagipun lilin memang dah ada kat dalam rumah aku. Setelah itu, aku pun meleretkan sedikit lilin pada pulley dan belting semasa enjin dihidupkan dan secara tidak langsung bunyi yang tidak menyenangkan itu pun hilang. Aku berasa lega seketika tetapi merasakan bunyi itu akan hadir semula dalam jangka masa tertentu..
Jangkaan aku benar rupanya..... tidak lama selepas itu, bunyi itu datang semula.. Aku membuat keputusan untuk menghantar kereta di bengkel kenderaan. Seorang mekanik telah cuba mencurah segayung air pada belting semasa enjin dihidupkan dan bunyi tersebut hilang lagi... Mekanik itu memesan kepada aku supaya datang semula jika bunyi itu hadir lagi..
Aku pun pulang ke rumah dan tergelak sendirian di dalam kereta sewaktu memandu disebabkan cara yang mekanik tadi lakukan amatlah mudah. 'Aku pun boleh buat' dalam fikiranku.. Apabila tiba di rumah, bunyi itu datang lagi... Fikiranku runsing... Aku pun keluar semula ke bengkel kereta untuk menukarkan 'tali kipas' ( ayat mekanik tu ) atau belting. Di bawah aku lampirkan beberapa lampiran gambar sewaktu pertukaran belting kereta aku :-
Semasa proses penukaran belting ini, adjuster perlu dibuka untuk mengeluarkan belting lama. Tak susah pun aku rasa tetapi kereta perlu di'adjust' tinggi untuk membuka adjuster yang terletak pada bahagian bawah enjin.
Setelah selesai proses penukaran belting, enjin pun dihidupkan dan hasilnya amat mengembirakan aku kerana bunyi yang tidak menyenangkan itu tiada sehingga sekarang. Mekanik memberitahu aku bahawa belting yang lama agak keras dan tercemar dengan bendasing dan dari situlah punca bunyi bising itu wujud. Untuk pengetahuan anda, belting aku berusia 2 tahun lebih. Aku berpendapat penyelenggaraan berkala amat penting untuk memastikan kondisi enjin dalam keadaan yang cemerlang.... Sekian.....