Nuffnang Ads

Ahad, 30 Jun 2013

Cara Menyemak Kod IMEI Pada Handphone Anda

Salam sejahtera,

     Kod IMEI adalah International Mobile Station Equipment Identity. Setiap handphones mempunyai nombor IMEI tersendiri. Oleh itu, mari kita semak nombor IMEI pada handphone anda untuk mengetahui sama ada handphone anda dikeluarkan oleh kilang original ke ataupun ciplak....

1. Hanya dail di ruang panggilan :  *#06#

2. Akan papar kod IMEI (International Mobile Equipment Identify)

3. Semak kod IMEI yang dipaparkan pada kedudukan yang ke-7 dan ke-8 

                      Contoh:  357597017906563  
     Ambil kod yang saya bold kan tu dan semak status kod-kod di bawah... 

4.  Status mengikut Kod IMEI pada kedudukan ke-7 dan ke-8.
  • 01 atau 10 : Dari Finland  (Verry Good )
  • 02 atau 20 : Dari China  ( Low Quality)
  • 00 dan 03 atau 04 : Dari kilang asal Handphone ( Best Mobile Quality)
  • 08 atau 80 : Dari Germany (Fair Quality)   
  • 13 : Dari azerbaijan (Very Bad Quality & Dangerous For Health )   
Setakat ini, hp aku adalah kod 00 best quality. Lega..... Takut kena tipu je kan manala kita tau sticker-sticker ni semua boleh buat...

Sekian, terima kasih....






Rabu, 26 Jun 2013

Permintaan Part, Aksesori Atau Cadangan Kepada Blog

Salam sejahtera...

     Sebenarnya aku telah mendaftarkan nama Eilarazi Enterprise di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan tujuan untuk cuba menceburi bidang perniagaan. Kebetulan pula isteri aku telah beberapa tahun menceburi bidang perniagaan secara online sejak 4 tahun lepas. Alang-alang daftar perniagaan macam-macam la aku letak untuk berniaga.

     Oleh itu, aku bercadang untuk menjual spare part atau part accessories secara online bermula dari blog ini. Mungkin kawan-kawan semua ada cadangan atau permintaan yang boleh dikemukan di ruangan komen di bawah dan juga sms aku ni no 013-3562796. Sebarang cadangan dan permintaan adalah amat dialu-alukan....







Rabu, 12 Jun 2013

DIY Defi Meter - Volt & Vacum.... Video Selepas DIY Berjaya Dilakukan

Salam sejahtera...

     Aktiviti terbaru aku adalah DIY Pasang Defi Meter Volt & Vacum pada Proton Persona milik aku. Artikel mengenai cara pemasangan akan menyusul kemudian. Aku paparkan video dahulu... Selamat menonton...








Ahad, 26 Mei 2013

DIY - Tukar Rear Control Lower Arm ( Tulang Anjing ) Proton Persona

Salam sejahtera...

     Setelah beberapa tahun kereta kita digunakan seharian melalui pelbagai jenis laluan, tulang anjing berisiko akan koyak dan mengeluarkan bunyi lagaan besi yang kurang enak. Kereta aku tiada lagi keluar simptom-simptom itu namun aku membuat keputusan untuk menukar tulang anjing pendek kerana dari pengamatan pembekal alat ganti kereta bahagian tulang anjing pendek biasanya akan kerap ditukar oleh pemilik kenderaan. Tanpa membuang masa lagi, sila lihat susunan gambar di bawah untuk melihat cara menukar Rear Control Lower Arm Proton Persona :-

Antara alat yang aku gunakan adalah soket saiz 12,14, 17, penatrate spray, 2 biji jack jenis botol, L dan straight batang soket serta rachet


Tayar perlu dibuka dahulu sebelum membuka tulang anjing


Nombor 1 adalah 'Rear Control Lower Arm' dan nombor 2 adalah 'Upper Control Lower Arm'. Yang nombor 1 adalah tulang anjing pendek yang akan dibuka.


Gambar fokus bagi lebih jelas sikit


Spray dahulu bolt-bolt atau skrew yang telah dikenalpasti sebelum dibuka. Ada 3 bolt sahaja


Fokus jauh bagi jelas sikit



2 bolt dah berjaya dikeluarkan dan 1 bolt boleh diklasifikasikan sebagai rosak


Sebenarnya aku dah salah langkah, sepatutnya bolt yang panjang yang masih belum dibuka dalam gambar di atas perlu dibuka dahulu supaya dapat mengelakkan skrew bolt rosak seperti gambar sebelum ini


Semua skrew bolt dah berjaya dikeluarkan


Inilah rupa tulang anjing Proton Persona yang telah berumur lebih tahun. Nampak season dah


Fokus dekat sekali


Yang ni pun aku salah langkah, sepatutnya aku pasang 2 skrew bolt yang di bawah dahulu baru diikuti skrew bolt panjang di atas. Kerja lebih mudah


Ok, telah siap pasang


Gambar lebih jelas dari bawah kereta. Sebelum aku terlupa, 1 jack letak di bawah kereta untuk membuka tayar dan satu lagi jack untuk tahan knuckle. Gambar bawah sekali kelihatan skrew bolt dari jack botol


Sepasang tulang anjing proton persona yang telah dikeluarkan


Sekian, sebarang pertanyaan boleh diajukan pada bahagian komen di bawah artikel ini. Terima kasih kerana melayari blog aku ini.







Sabtu, 25 Mei 2013

Nokia Lumia 610 Sebagai Peranti Internet Bagi PC Anda

Salam sejahtera,

     Nokia Lumia 610 adalah telefon bimbit yang tergolong dalam kategori smartphone bajet yang boleh didapati sekitar harga RM 500 dan model ini adalah pilhan aku yang terkini. Aku telah membelinya sejak beberapa bulan yang lalu dan setakat hari ini aku berpuas hati dengan segala function yang ada pada telefon bimbit ini.



   
     Ada satu ketika ketika aku melihat telefon bimbit yang dimiliki oleh rakan mempunyai aplikasi hot wifi di mana telefon itu boleh berkongsi sambungan internet melalui wifi kepada telefon bimbit yang lain. Aku teringin memiliki telefon bimbit itu yang berjenama Samsung Galaxy Note 2 itu. Oleh sebab harganya yang aku rasa kurang mampu untuk memilikinya aku lupakan sahaja hajat itu.

     Pada ketika itu, aku bersangka mungkin Nokia Lumia 610 yang aku miliki ini tiada mempunyai keupayaan seperti telefon bimbit yang mahal. Sekarang ini, aku menghadapi situasi di mana portawifi aku berada pada isteri aku yang pulang ke kampung halamannya dan komputer aku tiada sambungan internet. Hanya dengan telefon Lumia 610 ini sahaja aku melanggan plan celcom broadband internet untuk seminggu dengan kapasiti 1gb dengan caj rm 18.

     Melayari internet menggunakan telefon bimbit Lumia 610 ini yang mempunyai saiz paparan skrin 3.7 inci membuatkan timbul rasa kurang kepuasan berbanding melayari internet dengan menggunakan komputer terutama dalam kerja-kerja mengemaskini blog ini.




     Tanpa bercerita panjang lagi aku ingin kongsikan cara mudah untuk menetapkan telefon bimbit nokia lumia 610 ini boleh dijadikan sebagai modem kepada komputer atau pc anda. Cara mudah itu adalah dengan hanya anda memilih pilihan 'setting' pada skrin, kemudian pilih pula pilihan 'internet sharing' dan 'on' kan. Info yang dipaparkan adalah 'sharing your mobile data connection over WiFi with up to 5 guest. This will turn off automatically if it's not used for a few minutes.'

     Anda boleh memilih pilihan 'setup' untuk menukar 'broadcast name' dan 'password.' Pilihan 'security type' pula adalah untuk menetapkan sama ada anda mahu bersedekah kemudahan internet kepada umum atau pun  hanya membenarkan mereka yang mengetahui 'password' yang telah anda tetapkan sahaja. Jangan dilupa juga kriteria 'password' adalah 8 angka atau abjad. Selepas itu, komputer anda perlu ada 'usb dongle WiFi' untuk menarik 'data connection internet' daripada telefon anda. Masukkan 'password' yang telah anda tetapkan dan sekarang, telefon bimbit Nokia Lumia 610 anda telah menjadi modem kepada komputer anda. Nasihat aku adalah dapatkan 'usb dongle' yang berjenama untuk memberikan perkhidmatan internet yang berkualiti seperti jenama Asus atau yang setaraf dengannya.

Sekian, sampai di sini sahaja. Terima kasih...









Ahad, 21 April 2013

Fungsi E-Manage Blue Piggyback

Salam sejahtera,

     Aku tertarik dengan sebuah artikel mengenai fungsi piggyback e-manage blue dari web http://gsrterbalik.twilight-tentation.net/t360-fungsi-penuh-e-manage-blue-vs-safc2... Oleh itu aku amik keputusan untuk simpan maklumat tersebut supaya mudah untuk aku rujuk. Harga e-manage blue ketika ini aku semak paling murah RM 600 sehingga RM 1000 pun ada.... Paling murah klik di sini...


     Fungsi E-Manage Blue adalah :-
1- Air Flow Adjustment Map – Jadual 16 X 16 (RPM vs throttle position) digunakan untuk mengawal A/F sensor @ MAP sensor sebelum dihantar ke ECU bagi tujuan Fuel Enrichment Upgrade Injector

2- Mengawal injector sehingga 150% dari injector asal.

3- Upgrade Air Flow Meter

4- Mengawal A/F sensor yg telah dinaik taraf Boost Limiter Cut Setting

5- Mengnyahkan had boost (bg kete turbo) Anti Stall Engine Feature


6- Mengstabilkan idle ketika throttle ditutup (untuk kerete turbo) dan penggunaan Hi-Cam VTEC Setting

7- Menala system VTEC (utk kete Honda) Map Trace Feature

8- Membolehkan para tuner untuk menala setting enjin pada mana-mana Map (Ignition, Injection dll)

9- Real Time Display Feature, membolehkan para tuner untuk memerhatikan keadaan enjin semasa enjin beroperasi (memerlukan Laptop) Real Time Communication

10- Fungsi untuk komunikasi antara E-Manage dengan Laptop secara terus dalam saat (2, 3 @ 4)

11- Data Logging Feature, membolehkan para tuner untuk merekodkan dan memain balik data enjin

12-Security Setting Feature, membolehkan data dikunci dalam E-Manage (kata laluan diperlukan)

Sekian, sekadar menyimpan ilmu yang dijumpai...






DIY - Rebore Throttle Body Campro 1.6 Proton Persona

Salam sejahtera...

     Dah lama aku tak upload blog, kali ini aku nak kongsikan aktiviti DIY aku yang terbaru me'rebore throttle body campro. Daripada perbualan bersama dengan bro Qaixer sebelum ini di Johor Bahru semasa aktiviti 'paddle respon', tip yang diberikan adalah sudut potongan throttle body (TB) itu penting untuk memastikan aliran udara yg masuk dalam tekanan yang tinggi. Bahagian belakang TB pula tidak boleh di'rebore melebihi dari saiz tapak TB di intake manifold. Jika terlebih aliran udara akan bocor ataupun risiko untuk air masuk ke dalam intake manifold.

      Dari segi peralatan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti DIY ini adalah :-
          1) Mesin drill
          2) Mata drill polish ( ada banyak bentuk & mungkin ada yang jual dlm bentuk tool kit )
          3) Kertas pasir gred 600 atau 800 & gred 1000 ( semua sekali ada 4 keping )
          4) Panetrate wd40 spray tin
          5) Kain bersih

     Pertama sekali, buka TB dari bahagian enjin kereta anda, kemudian sila rujuk turutan gambar di bawah untuk menjalankan aktiviti DIY rebore TB campro 1.6 :-

Gambar peralatan-peralatan yang digunakan...

Gambar permukaan belakang TB - bersambungan dengan intake manifold...

Gambar permukaan hadapan TB - bersambungan dengan air hose & air filter...

Tandakan dengan marker pen dengan ukuran yang hendak dibuang 1mm

Kemudian gelapkan permukaan yang telah ditanda tadi supaya proses membuang dapat dilakukan dengan lebih mudah dan terurus...

Fokus 1x...

Aktiviti port & polish dimulakan. Seelok-eloknya ada pengepit atau ragum yang besar untuk memegang TB. Jikalau tiada terpaksa buat seperti yang aku lakukan, sebelah tangan pegang TB sebelah tangan pegang mesin. Kadar kelajuan mesin drill mengikut keperluan seperti semasa membentuk bulatan luar gunakan kelajuan yang rendah atau sederhana.

Zoom lagi...

Bahagian belakang TB hampir siap.... Lepas ini polish dengan kertas pasir dengan gred yang kasar dahulu...

Bahagian belakang TB dah siap polish... Last sekali polish dengan gred kertas pasir 1000 dan spray dengan penetrat wd40 sekali....

Zoom lagi....

Next.... mulakan semula aktiviti menanda pada bahagian hadapan TB... Ukuran untuk dibuang sama seperti dibahagian belakang TB... 1mm sahaja...

Kemudian gelapkan permukaan yang telah ditanda tadi supaya proses membuang dapat dilakukan dengan lebih mudah dan terurus...

Ok... Bahagian hadapan TB dah siap port n polish... Selepas ini aktiviti memasang TB pada tempatnya...

Sisa habuk dari aktiviti port n polish throttle body campro 1.6...

    Keseluruhan proses rebore atau port & polish throttle body campro 1.6 ini mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk siap. Kos mata port & polish sebiji RM 12, aku beli 2 bentuk dan jumlah kos RM 24 + kertas pasir RM 6 untuk 4 keping. Semua sekali RM 30. Mesin drill jika dah ada satu bonus tu, jika belum ada dicadangkan beli yang harga sekitar RM 200 supaya lebih tahan untuk aktiviti yang lain kelak. Sekian, selamat mencuba buat member-member Proton Persona di luar sana...









Isnin, 11 Mac 2013

Biografi Ketokohan Imam Nawawi

Salam sejahtera...

     Kali ini aku ingin membuat nota mengenai Imam Nawawi dan rujukan yang aku gunakan adalah dari Buku Hadis 40 Imam Nawawi.
   
     Ibnu al-Athar berkata :
"Guru kami an-Nawawi selalu bermujahadah, warak, muraqabah, dan mensucikan jiwanya. Beliau juga adalah seorang hafiz dalam bidang hadis, perawi hadis, dan nilai sahih dan dhaifnya. Disamping itu, beliau juga seorang imam dalam mazhab fiqh."

     Ketokohannya itu seiring dengan kewarakan dan ketekunannya dalam beramal. Menurut Ibnu al-Athar lagi :
"Guru kami an-Nawawi menceritakan kepadaku bahawa beliau tidak pernah sama sekali mensiakan waktu, tidak kiralah waktu malam mahupun siang. Bahkan, dijalanan juga beliau terus menelaah dan menghafal."

     Nama penuh Imam an-Nawawi ialah Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syaraf bin Murri bin Hassan bin Hussin bin Jumu'ah bin Hizam al-Hizami an-Nawawi asy-Syafi'i. Beliau dilahirkan di Nawa, iaitu sebuah wilayah di Damsyik, Syam pada bulan Muharam tahun 631 Hijrah. Beliau berkebolehan menghafaz al-Quran sejak kecil lagi. Pada tahun 649 Hijrah iaitu ketika berusia 19 tahun, beliau pergi ke Kota Damsyik bagi mendalami ilmu di Madrasah al-Rawahiyyah.

     Banyak kitab yang dikarang oleh beliau. Antaranya ialah Matan al-Arba'in (Hadis 40), Riyadhus Solihin, Syarah Sahih Muslim, al-Azkar, al-Majmu' dan pelbagai tajuk lagi. Sepanjang hayatnya, beliau sentiasa istiqamah menjalankan kewajipan menyebarkan ilmu dengan mengajar dan mengarang kitab disamping sentiasa beribadah dalam kehidupan yang serba kekurangan.

     Beliau pernah diusir keluar dari negeri Syam oleh Sultan al-Malik az-Zahir yang tidak bersetuju dengan fatwa yanng dikeluarkannya. Beliau bukan ulama yang mencari kebenaran untuk dirinya sahaja, bahkan untuk kehidupan masyarakat ketika itu. Beliau juga menjadi ulama besar dalam fiqah mazhab Syafi'i dan turut mahir dalam bidang hadis dan bahasa. Ada pendapat yang mengatakan bahawa Imam an-Nawawi memiliki 3 darjat yang mana setiap satu darjatnya sangat sukar dicapai oleh orang lain. Darjat yang dimaksudkan ialah ilmu, zuhud dan berpesan ke arah kebaikan dan menolak kemungkaran.

     Beliau kembali ke rahmatullah pada 24 Rejab 679 Hijrah dalam usia yang cukup muda iaitu pada usia 45 tahun dan dimakamkan di Nawa. Dalam lingkungan usia yang agak singkat itu, beliau mengabdikan diri menekuni ilmu dan berkunjung ke sana ke mari untuk mencari ilmu hingga tidak berkesempatan untuk memikirkan soal berumahtangga. Beliau meninggalkan khazanah berharga yang tiada tolok bandingnya untuk umat Islam. Beliau berjaya menyumbangkan tenaga fikiran dan ilmunya kepada agama dan umat Islam seluruhnya.

     Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha yang dilakukan oleh Imam an-Nawawi dan memberikan ganjaran yang cukup tinggi buat beliau. Semoga Allah S.W.T. membangkitkan tokoh-tokoh seperti beliau dalam kalangan umat Nabi Muhammad S.A.W. zaman ini yang dapat memperjuangkan dan mempromosikan sunnah dalam hidup masyarakat. Insya-Allah....

Sekian, nota ringkas mengenai tokoh ulama tersohor Imam an-Nawawi....







Selasa, 5 Februari 2013

DIY - Cara Cuci Throttle Body Campro Proton Persona 1.6


Salam sejahtera...

     Seperti yang telah aku janjikan, walaupun sedikit lambat aku buat artikel DIY cuci throttle body campro ini, tapi akhirnya boleh juga disiarkan di laman blog ini. Konsep cuci yang aku gunakan adalah sedikit berbeza dengan bengkel-bengkel di luar sana disebabkan aku menggunakan konsep 'dressing' bagi istilah kesihatan iaitu kaedah mencuci kesan luka bagi pesakit diabetis.

     Cuma aku tak menggunakan alkohol dan cecair lain, aku hanya menggunakan tisu bersih sahaja. Kebanyakan bengkel-bengkel menggunakan 'throttle body cleaner' dalam bentuk spray tin. Oleh sebab semasa projek dibuat aku berada di kampung isteri dan tiada kenderaan lain untuk pergi ke kedai 'spare part', aku teruskan juga projek DIY tanpa menggunakan bahan 'cleaner' tersebut.

     Sila lihat susunan gambar di bawah untuk memulakan prosedur pencucian throttle body campro ini :-

Pertama sekali anda perlu buka kotak penapis udara sehingga seperti gambar di atas ini. Kasi buka habis senang sikit nak buat kerja....


Langkah seterusnya adalah dengan membuka 4 skrew yang berkedudukan seperti bulatan kecil berwarna kuning. Satu sensor juga perlu dibuka yang berkedudukan seperti di bulatan besar berwarna kuning.


Jeng... jeng... jeng.... buka je throttle body dah nampak kekotoran yang agak tebal... ini fokus kat intake window 


Lagi sakit mata apabila zoom dekat ni...


kekotoran yang melekat pada permukaan throttle body campro


Sebahagian tisu-tisu yang aku guna untuk membuang sisa kotoran minyak. Konsep pakai buang....


Ini gambar throttle body dah 80% bersih. Gambar yang 100% bersih lupa pula nak snap...

     Selepas anda selesai membersihkan 'throttle body' dan 'window intake manifold' tersebut dengan menggunakan teknik swap dan sapu, anda boleh pasang semula 'throttle body' dan kotak penapis udara pada kedudukan asalnya. Hidupkan enjin dalam kadar 5 minit supaya sensor 'throttle body' dapat berfungsi dengan baik. Pastikan tiada lampu 'check engine' menyala... Jikalau semasa enjin baru dihidupkan dan enjin melahu dalam keadaan tidak stabil, biarkan dahulu sehingga ia melahu dengan stabil. Kemudian, anda cuba rem untuk melihat respon 'throttle body' yang telah bersih dicuci...

Sekian, hanya sampai disini sahaja perkongsian ilmu yang ingin disampaikan. Terima kasih....







Ahad, 20 Januari 2013

Isu Kalimah Allah - Umat Islam Perlu Tahu Mengapa Kita Perlu Tentang Penggunaan Kalimah Allah Dalam Injil Versi Melayu

Salam sejahtera...

     Akhir-akhir ini hangat dengan isu yang dibangkitkan semula oleh Lim Guan Eng menuntut pihak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi melayu. Aku secara peribadinya menentang tuntutan tersebut di mana ia mempunyai niat tersirat disebalik penggunaan kalimah Allah dalam bible versi Melayu..

     Timbul pula masalah ada diantara orang Islam yang bersetuju penggunaan kalimah Allah dengan syarat tidak menyalah gunakannya... Persoalan aku apakah garispanduan yang boleh menggariskan kesucian kalimah Allah tidak disalahgunakan oleh penganut Kristian? siapakah pula yang akan memantaunya? Pada aku ianya menyulitkan umat Islam sendiri.

     Sebelum ini aku ada timbulkan persoalan di Yahoo News dalam artikel Dr. Asri 'Allah' Sudah Digunakan Oleh Yahudi, Kristian Sebelum Kedatangan Nabi Muhammad S.A.W... Link klik disini Persoalan yang aku bangkitkan adalah.... 'adakah kitab injil ni boleh dipastikan keasliannya? kitab yang asli dari Nabi Isa A.S... bukan yg telah bnyk dipinda atau diubah2 isinya...' Respon yang diberikan oleh pengguna Yahoo News yang lain bermacam-macam... Antaranya seperti :-

JefferyA - Kau menyoal Tuhan ke? Nanti Yang Maha Kuasa tolong jawab ko. Ada berani?

A Yahoo! User - si jeffrey ni mesti dari golongan yang percaya kitab injil sekarang ni betul,jadinay sebab tu dia pasti akan percaya yg yesus tu anak tuhan..hahaha..sedangkan kitab injil sekarang yg digunakan diseluruh duania adalah yg telah dipesongkan.

(Pun Intended) - @fakhrul-macam mana hadis Rasullulah nak dipastikan keasliannya? dari mana sumber hadisNya yg direkodkan selepas kemangkatan Rasullulah? saya dgn ikhlas minta pengajaran & penjelasan.

Diam - ya bagi umat kristian injil adalah asli..itu iman...jadi yg diluar sana ckp injil telah diubah..itu bagi kami adalah dugaan2 dan cabaran jahat sama ada iblis/saitan untuk pesongkan umat kristain....

JefferyA - A Yahoo User, ko ni memang lah bodoh tahap cipan. Apa ugama aku kau tak perlu tahu lah bangang. Dipesong ke tidak, kita tak perlu cakap pasal agama atau kaum atau bangsa. Kalau kau muslim, mengata agama orang lain menyesatkan orang lain atau memesong kepercayaan orang lain adalah dosa. Sendiri dah tau buat dosa ada hati nak cakap pasal agama. CITTTTTTTTTTTTTTTT...buang masa. KAlau semua antara kita di sini boleh direjam dengan batu tapi tidak mati ahhh bolehlah bercakap macam Tuhan. Tapi ini semua mau berlagakkkk macam Tuhan puiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!

JefferyA - Diam @ haaaa...ya, betul ini pasal iman.....

(Pun Intended) - @diam - i support your comments. "one man's meat may be another man's poison". kuatkan usaha utk pertahan iman sendiri sebelum nak perbetulkan yg lain, biar Allah yg tentukan segalanya di akhirat.

JefferyA- Pun Intended. I agree. Sadly not all have your thinking...

Deen - Nape org Islam nak pertikaikan kitab injil tu asli ke tidak?.islam kene jaga alquran kerna itu kitab panduan Islam tak payah nak sibuk pasal kitab injil..sedangkan alquran yang tak penah berubah dan takder siapa pn bolih menulisnye tu pn dipesongkan olih Islam sendiri ni nak sibuk pasal kitab injil milik kristian,kristian pn ader ilmuan mereka sendiri biarla mereka ajer yang tau tang ner yang mereka nak ubah,asalkan yang Islam jgan nak memandai2 pulak nak kurang atau menambah isi kandungan dan pengertian alquran..tu pasal kita org Islam jgn terlalu terikut2 budaya yang takder dalam alquran...anutan kristian ni mmg seakan same ngan Islam cube beza yang besar kepercayaan mereka nabi isa tu anak tuhan.jadi org Islam jangan pulak terikut2 kerna Allah ader ngan sendirinye tak beranak dan diperanakan..tak usahla nak berhujah lg jika ilmu setakat tuk diri sendiri takut2 dalam berhujah tanpa disedari Akidah terpesong..

Aku - ok... dah ada yg jwb ye... macam2 jawapan ada... aku percaya dr. asri pun tau jwpn yg sebetulnya... Aku percaya dgn iman aku bahawa kitab injil adalah telah diubah dan dipesongkan setelah Nabi Isa A.S diangkat. Walhal Nabi Isa A.S sendiri mengaku dirinya adalah bukan Tuhan. Al-Quran diturunkan utk membetulkan fahaman pengikut nabi Isa A.S yg telah tersasar. Allah adalah tuhan Yang Maha Esa.. (Tunggal, Tidak Beranak, Tidak Beristeri) Walaupun aku selalu ikuti artikel2 dr. Asri diwebnya, itu bkn menjadi modal utk aku menyetujui setiap pendapat beliau. em,mengenai yg bertanya bagaimana mengetahui sesuatu hadis itu sama ada hadis kukuh, lemah atau palsu ia bergantung kpd 'isnad', 'masnad', 'musnad', 'sanad'... korg carila sndri mksudnya.... jadi... kenyataan aku sblm ni yg berhak utk menjawabnya adalah bg org muslim... sbb nnt bnyk slah paham jk yg xde ilmu tauhid di dada... aku terangkan mcmane pun lum tentu leh trime... lepas ni sape yg nak maki2 aku ke dipersilakan klo xmalu.... budi bahasa, peribadi kita, agama kita, amalan kita....

Kriszz - sejak sy lahir dan kenal huruf dan boleh mendengar...inilah hal yg sy selalu dengar dari saudara muslim, mengatakan Kitab Injil yg ada sekarang ini digunakan oleh Kristian telah tidak asli dan diubah-ubah?? selama begitu saudara muslim mengatakan Injil telah diubah.. lalu petanyaan sy adalah boleh tidak dapatkan dan tunjukkan kepada umat Kristian aslinya Injil itu..bukan sekadar bercakap dari apa yg didengar dari ajaran atau ulasan2 sesiapa pun ttg Injil Kristian yg KONONnya telah diubah2 itu.. sy sangat mohon pencerahan BUKTI Injili itu diubah... tunjukkan bukti.. seharusnya seadanyalah kita menerima dan mempraktikkan ajaran agama kita masing menurut apa yg pantas kita pahami dari ajaran2 agama masing2.. kerana apa? kalau kita saling menekankan secara paksa menerima fakta dan kebenaran yg kita pahami kpd umat agama lain, bukankah itu buang masa dan satu kebodohan yg sia2 belaka.. sebab tidak mungkin..tidakkkk ... mungkin!!! makanya saudara/ri DIALOG agama itu perlu, kerana tanpa dialog agama, siang malam berhujah pun tidak akan habis2..sedangkan dialog itu saling mendengarkan dan tidak memaksa untuk percaya melainkan mejadikan kita ini matang memahami kepercayaan org lain DALAM DIALOG.. hasilnya ada saling HORMAT.. Hanya jalan ALLAH yg benar yg hidup itu jua lah akan menuntun kita ke destinasi syurgawi kelak.... Allah dalam konteks Kristian, dan Allah dlm konteks Islam. semoga kita sama2 sampai ke destinasi itu..pada sy, sy mau katakan KU PASTI ADA DISANA.. bukan mudah2an, bukan Insyallah!! sb sy percaya dan praktik apa yg sy percayai tanpa ragu2..Terima Kasih Allah Bapa.. kerana jaminan keselamatan dari-Mu. Shallom!! Amin.

JefferyA - Fakhrul, takpe lah. tunggu bukti dia di akhirat nanti. tiada guna cakap byk. mati juga kita semua nanti.

 Aku - ye... mmg kte sume akan merasai mati n akan dibangkitkan selepas kiamat... ilmu perbandingan agama ada n aku penah mengikuti program tu.. perbandingan agama samawi.... ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah... dlm youtube pun ada jawapan dr Ustaz Harun Din...ok.. ada bukti2 knpe aku ckp kitab injil skrg ni bukan asli... link - http:/malay.bismikaallahuma.org/perbandingan-terjemahan-yehezkiel-23-dalam-alkitab-bahasa-indonesia-melayu/#more-168 .... dan juga disini - http:/malay.bismikaallahuma.org/ke-manakah-ajaran-kristian/ ..... manusia yg cerdik adalah manusia yg mengkaji setiap agama samawi seperti antaranya ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah dimana dia mengkaji sume agama dl baru dia yakin memeluk Islam... Ape pun, terima kasih kerana tiada kata2 kesat disini...

     Bermacam-macam jawapan yang mereka berikan. Itu pendapat masing-masing dan aku memang tidak suka mudah mengeluarkan kata-kata kesat apabila rasa tercabar kerana ia menunjukkan kelemahan seseorang itu.

    Artikel lain yang menarik minat aku dan perlu dibaca oleh semua penganut agama Islam adalah seperti di link :-

- Benarkah Allah Yang Kamu Sembah 

   Fatwa Kebangsaan juga telah membuat keputusan dan antara isi fatwanya adalah :-

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Keterangan/Hujah: 
  1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
     
  2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.
     
  3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
     
  4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
     
  5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
     
  6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
     
  7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.
     
  8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.
     
  9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.
     
  10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.
     
  11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama. - Sumber Fatwa Kebangsaan
   Aku harap Umat Islam di Malaysia kini perlu lebih sensitiviti terhadap kesucian dan kemakmuran agama Islam sejajar dengan Perlembagaan Negara Malaysia dimana agama rasmi adalah Agama Islam. Jadinya rakyat yang beragama Islam dan pemerintah khususnya perlu memastikan Agama Islam terus dijaga dan terbela. Pendapat yang mengatakan semua agama adalah sama juga amat merbahaya kerana ianya adalah dari fahaman pluralisme dan liberalisme. Terdapat artikel lebih terperinci mengenai isu Pluralisme n Liberalisme... Klik link disini

Sekian, sekadar renungan bersama dari hamba Allah yang sayangkan kedaulatan Islamiah....